Daftar Blog Saya

Minggu, 23 Juni 2013

Would you know my name. If I saw you in heaven? Would it be the same. If I saw you in heaven?

but we're never meet in heaven..we'll in hell

Rabu, 19 Juni 2013

 The Song:
Tian MI Mi



Kanji:
甜蜜蜜你笑得甜蜜蜜
好像花儿開在春風里
開在春風里

在哪里在哪里見過你
你的笑容這樣熟悉
我一時想不起
啊~~在夢里

夢里夢里見過你
甜蜜笑得多么甜蜜
是你~是你~夢見的就是你

Mandarin :
tian mi mi ni xiao de tian mi mi
hao xiang hua er kai zai chun feng li
kai zai chun feng li

zai na li zai na li jian guo ni
ni de xiao rong zhe yang shou xi
wo yi shi xiang bu qi
a~~ zai meng li

meng li meng li jian guo ni
tian mi xiao de duo mo tian mi
shi ni~ shi ni~ meng jian de jiu shi ni

English :
Honey sweet; your smile is honey sweet.
Like flowers blossoming in the spring breeze.
Blossoming in the spring breeze.

* Where? Where have I caught sight of you before?
Your smiling face is so familiar.
Momentarily, I couldn’t recall.
Ahh ~ In my dreams.

** In my dream. In my dream, I caught sight of you.
Honey sweet. Your smile is very sweet.
It is you. It is you. I saw you in my dreams.

Indonesia
Semanis madu, seyumanmu semanis madu.
Bagaikan bunga yang mekar di musim semi.
Mekar di musim semi.

Di mana? Di mana aku pernah melihatmu?
Senyumanmu begitu kukenal.
Seebentar, Aku tidak bisa mengingatnya.
Ahh ~ Di dalam mimpi-mimpiku.

Di dalam mimpiku. Di dalam mimpiku, aku melihatmu.
Semanis madu. Senyumanmu begitu manis.
Itu kamu. Itu kamu. Aku melihatmu di dalam mimpi-mimpiku.

-Berbagai sumber-

Kamis, 13 Juni 2013


"Half of what I say is meaningless, but I say it so that the other half may reach you."
--from "The Forerunner" (1920)

Rabu, 12 Juni 2013

tatib ku waktu ospek sering berkata :
tai kucing kalian semua..!

Rabu, 05 Juni 2013

Minggu, 02 Juni 2013


Berlayar kapal bertimbang arus,
Patah kemudi sepanjang pantai;
Tuan laksana cindai yang halus,
Alah membeli menang dipakai

Kain cindai merupakan kain tenunan sutera halus yang amat bermutu dan mewah.  Pada zaman dahulu, hanya golongan raja dan bangsawan sahaja yang memiliki kain cindai kerana kain cindai mahal harganya.  Cindai menjadi masyhur di serata dunia kerana ia ditenun dengan teknik ikat ganda atau ‘double ikat’ dalam Bahasa Inggeris.  Teknik ini merupakan suatu teknik yang sangat unik dan sukar dilaksanakan.  Pembuatan kain cindai memerlukan kepakaran menenun yang tinggi sehingga menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad.

Kain cindai adalah kain yang berasal dari negeri Gujerat.  Dipercayai, pedagang-pedagang Gujerat dan India yang membawa masuk kain cindai ke alam Melayu sekitar tahun 1450.  Semenjak itu penyebaran dan pemakaian kain cindai meluas ke Asia Tenggara, Pantai Sumatera, Pulau Bantam di Jawa dan Pegu di Burma.  Negeri-negeri ini juga merupakan pelabuhan-pelabuhan yang menerima kapal-kapal asing berdagang di negeri mereka.

Pada abad ke 17, orang Belanda yang menguasai perdagangan di Indonesia telah mengenal pasti bahawa kain cindai turut dihasilkan oleh penenun tempatan.  Kain itu dikatakan seakan-akan kain patola dari Gujerat.  Namun di Indonesia, kain itu dikenali sebagai cindai, cinde, gerinsing dan limar.  Di Selatan Sumatera, ‘limar’ membawa maksud memberi warna pada benang.  Namun apabila disebut ‘kain limar’, masyarakat sudah dapat mengenali bahawa apa yang dimaksudkan adalah kain cindai.

Songket limar awannya cemerlang,
Pakaian raja zaman dahulu;
Tuan laksana bulan mengambang,
Cahaya menusuk ke dalam kalbu.”

Pemakaian kain cindai bukan hanya oleh golongan istana dan bangsawan.  Kain cindai turut dipakai sebagai ikat pinggang atau bengkung pahlawan.  Dalam Hikayat Hang Tuah, dikatakan Hang Tuah memakai kain cindai semasa pertarungannya dengan Hang Jebat.

“…ikat pinggang kesumba murup bersurat doa besar-besar.”

Walaupun ‘cindai’ tidak disebut, pengertian ikat pinggang selalu membawa maksud penggunaan kain cindai yang panjang sehingga dapat membelit tubuh tujuh kali.  Kain cindai dijadikan bengkung pahlawan kerana kain cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang yang tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya tersendiri.  Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain cindai amat kukuh dan dianggap mampu menahan tikaman senjata.  Kain ini boleh dianggap setanding dengan penggunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menusuk badan mereka tidak mempu menembusi alas baju sutera mereka sehinggakan mata panah mampu ditarik keluar.

Dalam pertarungan itu, setelah Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah dengan keris tamingsari, dia telah membalut lukanya dengan kain cindai sebelum turun ke bawah dan mengamuk lagi.  Hang Jebat hanya mati setelah Hang Tuah membuka balutan kain cindai itu.

Begitulah juga gambaran pakaian Malim Dewa dalam Hikayat Malim Dewa.

“Berkat pinggang kain cindai, panjang tengah tiga puluh / tiga puluh

dengan rambunya..”

Kain cindai menjadi unsur penting dalam adat dan budaya Melayu baik dalam majlis perayaan, menjadi kain dipakai penari tarian Jawa, seluar adat di keraton Jogjakarta, wayang wong, wayang topeng, upacara keagamaan di Bali, hadiah hantaran utama di Riau dan banyak lagi.

Dalam budaya Melayu dahulu, anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga perlu bertangas wangi  tiga hari sebelum menjelang hari bahagia. Ramuan tangas wangi adalah seperti daun pandan, bunga melur, mawar, daun cendana dan gaharu serta dibalut dengan kain cindai.  Tangas wangi dikatakan mampu membuang bau badan termasuk ketiak.

CINDAI JANTAN DAN CINDAI BETINA

Cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan dan cindai betina.  Cindai Betina dipakai khusus oleh raja atau pahlawan seperti gambaran kain cindai yang dipakai Hang Tuah dan Malim Dewa.  Cindai jantan pula dipakai oleh kaum wanita seperti berikut;

“Maka ia masuk ke dalam peraduan membuka peti kesaktian, mengambil

cindai jantan, corak kuning panjang sepuluh/sebelas dengan rambunya…”

Begitu juga dikatakan tentang pakaian Cik Siti Wan Kembang di Kelantan;

“Cik Siti Wan Kembang berkembang jantan…. Kain limar melekat di kulit

Songket bertabur merah pulasan, Ikat seribu pancung ke bawah..”

Jika diperhatikan kata-kata yang tertera dalam kitab hikayat, kain cindai dikaitkan dengan kesaktian.  Penggunaan kain cindai boleh menghalang kesan tusukan senjata tajam atau dikatakan juga boleh membuat seseorang menjadi kebal.  Kain cindai dikatakan mempunyai ‘berkat’ dan disimpan pula dalam peti sakti.  Maksudnya, kain cindai benar-benar dipelihara dengan baik kerana kepercayaan bahawa kain cindai ini punya ‘roh’ dan ‘hidup’.  Tidak hairanlah, sehingga kini, kain cindai dicari dan sanggup dibayar beribu-ribu dolar walau hanya cebisan kain cindai.

Cindai betina dikatakan boleh menjadi pelaris dan pengasih.  Cindai betina juga dijadikan pendinding supaya musuh menjadi gerun.  Minyak cindai pula dikatakan boleh menjadi pengasih yang ampuh dan ubat yang mujarab.  Ada orang tua-tua mengatakan, minyak cindai perlu menggunakan minyak zafron.  Minyak ini dikatakan makin bertambah apabila bulan mengambang penuh.  Justeru minyak itu tidak pernah luak.  Minyak zafron dibuat dari bunga zafron yang terdapat di Arab Saudi.  Minyak itu dikatakan hidup.  Walaupun hanya setitik, makin lama minyak itu akan bertambah seumpama darah.  Mengikut sumber di Terengganu, dikatakan harga minyak zafron boleh mencapai RM$500 setitik.

Masyarakat Melayu percaya bahawa pembuatan kain cindai tidak mudah dan penuh syarat serta pantang larang.  Pembuatan kain cindai memerlukan 6 tukang yang mahir.  Mereka adalah tukang tenun raja, pawang raja, hulubalang raja, ahli falaq, ahli agama dan  tukang seni.  Ada juga yang mengatakan bahawa pembuatan kain cindai bersama-sama dengan tukang yang ketujuh yakni yang berasal dari kaum jin. Sebab itulah, kain cindai dianggap keramat dan banyak faedah mistiknya.

Walaupun cindai hanyalah kain tenunan, cindai digelar Seekor Cindai kerana masyarakat Melayu percaya bahawa kain cindai ‘hidup’.  Buktinya, biar beratus-ratus tahun umurnya, kain cindai tetap utuh, warnanya tidak pudar dan baunya tetap wangi.  Justeru kain cindai mempunyai nilai tinggi dalam adat dan budaya Melayu serta menjadi lambang contoh perilaku orang Melayu yang baik.

PERMAINAN SENI CINDAI

Di dalam permainan Silat Seni Gayong dikatakan Seni Cindai ialah permainan tertinggi dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu permainan cindai jantan yang berbentuk libasan dan tamparan manakala permainan cindai betina berbentuk jerutan, jerat menjerat, belitan dan ikatan maut.

Menurut Allahyarham Haji Buang Bahar,  Gurulatih lama, Perguruan Silat Seni Gayong, dan digelar Crazy Horse oleh ADMAR, dalam sembang silatnya di Sekolah Melayu Kota Raja pada akhir 1960-an:

‘Perkataan cindai ini digunakan bagi ijazah tahap tertinggi permainan seni silat yang menggunakan selendang atau bengkung; silat cindai namanya.

‘Tak ramai pesilat yang dapat menguasai atau mahir ke peringkat silat cindai ini.’

Daripada fakta yang terpapar, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa cindai tidak sahaja merupakan kain sutera yang bermutu atau tahap seni silat yang terunggul tetapi juga boleh diibaratkan sesuatu yang istimewa dan bermutu.

Apa guna orang bertenun

Untuk membuat kain cindai

Apa guna orang berpantun

Untuk membaiki laku perangai

____________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.